# Bayaran dan bayaran balik

Terma ini terpakai bagi bayaran dalam talian untuk temujanji, pakej saringan kesihatan dan
lawatan ke rumah.

- **Yuran rawatan.** Yuran perundingan dan rawatan adalah bagi perkhidmatan profesional.
  Setelah rawatan bermula atau selesai, yuran tidak boleh dikembalikan.
- **Pembatalan oleh pesakit.** Pembatalan sebelum rawatan bermula layak menerima bayaran balik penuh.
- **Pembatalan oleh klinik.** Jika kami membatalkan dan tiada tarikh gantian yang sesuai,
  bayaran dikembalikan sepenuhnya.
- **Cara bayaran balik dibuat.** Dikreditkan semula ke kaedah pembayaran asal dalam tempoh
  7 hingga 14 hari bekerja selepas permohonan diluluskan, bergantung kepada bank anda.
- **Cara memohon.** E-mel admin@klinikfuziah.com atau hubungi 03-3149 4784, dengan nama,
  tarikh temujanji dan jumlah yang dibayar.
